Saturday, January 10, 2009

kata-kata peransang dalam berhadapan dengan ujian hidup dan tanggungjawab imanniyyah..


disaat hati menangis lantaran ketidakmampuan dalam menghadapi mehnah dan ranjau kehidupan yang maha mencabar ini.. teringat kata-kata seorang guru...

"antara kita dan kejayaan adalah keputus asaan. ketewasan kita , adalah ketewasan jiwa, kejatuhan kita adalah jatuhnya harga diri lantaran terlupa identiti. yang terpadam bukanlah cahaya kejayaan tetapi semangat didalam jiwa..yang lemah bukanlah tubuh badan, tapi jiwa yang mendiaminya.
bangkitkan roh kita, bangunkan jiwa kerana kejayaan dan kemenangan adalah milik mereka yang beriman dengan janji-janji dan pertolongan-Nya.."

setelah merenung dan mengamati kata-kata ini, ternyata ada sesuatu yang perlu kulakukan...

Tuesday, January 6, 2009

kerana kita miskin..


'tutuplah telinga
agar kita tidak mendengar fitnah,
tutuplah mata kita,
agar kita tidak melihat pengkhianatan,
tutuplah mulut kita,
agar tidak menyahut cabaran mereka,
biar telinga kita tuli,
biar mata kita buta,
biar mulut kita terkunci,
tidak mengapa
asal hati kita tenang sementara.
kemudian, dakaplah iman kita kita erat-erat
kerana kita miskin,maka kita serba tak kena...
- mustafa Jusuh-

menolog diri..

tatkala mengisi ruang masa yang berbaki sebelum melelapkan mata..sempatku menyelak helaian demi helaian buku yang ku anggap sangat berharga yang dihadiahkan oleh kakak mas'ulku iaitu buku 'tazkirah untuk remaja:anak-anakku bangunlah"
dengan izin Allah yang menggerakkan hatiku untuk membaca satu bait syair arab :
masa!
kau terlalu pantas,seminggu dirasa sehari,
sebulan bagaikan seminggu..
tanpa disadari
tahun ketahun,seumur hidup dirasa dalam impian!
hidup berakhir dengan mati
panjang,pendek
kesudahannya sama...

setelah menghayati bait demi bait syair itu, tergerak dimindaku betapa masa yang telah berlalu betapa banyak tidakku isi dengan sebaiknya..betapa banyak ku mensia-siakannya dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dari yang bermanfaat.. kini, setelah hampir 3 tahun aku di medan ilmu ini, sehinggalah disaat semester terakhirku disni, baru ku terfikir dibenakku, betapa banyak ilmu telah ku pelajari dan telah ku timbai sepanjang pengajianku? sejauh mana telahku mengamalkannya dalam kehidupannku seharianku?bagaimana dengan ukhwah yang telahku jalinkan dengan pensyarah2 dan sahabat2 rakan seperjuanganku?dan bagaimana??? terus bagaimana???
masa..oh masa...
beberapa bulan lagi maka berakhirlah seketika mas'ulliahku sebagai pelajar di bumi ukm ini..
tapi berapa lama lagikah pula berakhirnya tugasku sebagai khalifah dibumi Allah ini???
muhasabah diri seketika, tatkala ajal datang, umur yang panjang dirasa seperti sekelip mata shj.
teringat pula aku pada satu kisah nabi Nuh, dimana perbualannya dengan malaikat yang datang untuk mencabut nyawanya, Nabi Nuh telah hidup didunia lebih seribu tahun. malaikat maut bertanya, ' wahai NUH, yang terlalu panjang umur!bagaimana telah kamu rasakan hidup dengan umur kamu yang terlalu panjang? " nabi Nuh menjawab." seperti sebuah rumah yang mempunyai pintu depan dan belakang. aku masuk melalui pintu hadapan dan keluar melalui pintu belakang... dari itu baru ku sedar..tergambar dimindaku hidup dan mati itu merupakan jarak masa yang terlalu singkat..
bagaikan baru tahun pertama ku di medan ilmu. masih terikat rapi dimindaku kata2 sahabatku yang amat ku sayangi ketika mula2 ku jejak kaki di lembah ilmu ini.."dear pal. everything start from hope,effort,trust, believe in yourself! you can..all what i can do is to wish u all da best! i've dat trust in u!
syukran sahabat..sampai bila2 akan ku ingati nasihatmu itu..namun walauapa pun berlaku masa akan terus bergerak berlalu meninggalkan kita...tepulanglah pada kita untuk mengisinya dengan sebaik mungkin...wasalam..

Thursday, October 23, 2008

salam ukhwahfillah..


tinta kasih ..simpulan sayang ..anyaman mahabbah kerana allah..ikhlas untuk kalian daie sahabat seperjuangan..

sahabat,

aku merinduimu teman untuk berjuang...
aku rindukan sahabat untuk berjihad...
kawan senda dan tawa..sadiq untuk sama-sama beribadat..
rakan untuk sama-sama bermuhasabah..
yang sama-sama menuntut ilmu kerana allah..
sama-sama berkerja demi islam..
bersama-sama berkorban demi-nya..
dan saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..

KONSEP BLOG SAYA....


بسم الله الرحمن ال حيم

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatlan kapada illahi kerana dengan limpah kurnianya setelah mengalami pelbagai kesulitan akhirnya saya dapat menyiapkan blog saya yang tidak seberapa ini...pada awalnya blog ini dibuat atas dasar untuk melengkapkan kerja kursus "teknologi maklumat Dakwah"yang akan diselia oleh penyarah kursus ini. namun setelah menyelesaikan tugasan ini, satu kesedaran timbul apabila menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan teknologi sebagai medium dakwah kini. justeru saya telah mengambil keputusan untuk meneruskan pembikinan blog ini.

Bertemakan “khazanatul Asrar” yang membawa maksud “khazanah rahsia” blog ini diharap dapat menyimpan sejuta khazanah ilmu yang insya-Allah berguna kepada pengunjungnya.. sebelum kita menyelusuri khazanatul asrar kita perlulah berbekalkan dengan “miftahul munir” iaitu “kunci sinaran” yang menjadi nick name pemilik blog ini..

tema ini dipilih kerana menyedari bahawa dunia ini sebenarnya masih mempunyai banyak lagi khazanah ilmu yang belum kita terokai. isu-isu yang dipilih dalam blog ini sebahagian besarnya adalah sebagai pemangkin semangat dan pengetahuan para pengunjungnya,konsep blog ini juga lebih menekankan kepada konsep harmoni kerana setiap isu yang diketengahkan disertakan dengan gambar dan ilustrasi yang menarik agar ia dapat lebih memberi kesan dan pemahaman kepada pembacanya...

insyaallah ...Sebagai seorang pendakwah atau daie..kita seharusnya berbekalkan dengan sejuta ilmu pengetahuan yang pelbagai, bukan sahaja dalam bidang agama ,namun kita perlu juga menguasai cabang –cabang ilmu lain seperti teknologi maklumat, isu semasa dan sebagainya.. tanpanya kita tidak mampu bersaing dengan pendakyah agama lain dan menjadi daie mithali yang mampu merubah dan menggoncang dunia kini yang semakin ketandusan dan kegersangan dengan suara-suara dan seruan-seruan jihad ke arah kema’rufan.. justeru khazanatul asrar cuba untuk mengetengahkan isu-isu terkini agar ia dapat dimanfaatkan sebaiknya..insyaallah...

kepada para pengunjung blog ini..terima kasih diucapkan..kerana sudi berkunjung dan memberi komen...jazakallahhu ghairan khathiraa..

ISU POLITIK ISLAM: Politik Islam penuh kasih sayang



Hari ini umat Islam menganggap apa yang dikatakan politik itu ialah politik Barat. Ini kerana rujukan mereka pada definasi poltik ialah kepada Barat. Mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kep ada Islam, yakni Al Quran dan Sunnah. Bahkan di kalangan alim ulama dan pejuang-pejuang Islam pun, politik yang mereka faham adalah politik Barat atau sistem politik berpilihan raya.

Bila kita tanya kepada kebanyakkan tokoh politik Islam, mengapa mereka turut serta dalam politik kotor Barat itu, biasanya mereka menjawab, “Tiada pilihan lain.” Ya, seolah-olah secara tidak langsung mereka menganggap Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal politik. Seolah-olah Islam tidak sempurna, ia kekurangan cara untuk berpolitik walaupun rata-rata mereka mengaku Islam itu syumul. Rasulullah telah menunjukkan jalan tersebut. Bukankah Rasul lahir di zaman politik jahililah menguasai dunia? Namun baginda tidak pun menyertainya. Tanpa membuat alasan konon tiada pilihan lain, baginda berjuang menampilkan politik Islam, lalu membunuh politik karut itu.

Hari ini Umat Islam mengamalkan politik yang tidak Islamik. Pada mereka itulah politik. Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam. Mereka menghalalkan cara. Mana-mana jemaah atau badan Islam yang tidak terlibat dalam politik Barat yang kotor itu dicap tidak berpolitik. Lalu bertungkus-lumuslah mereka berjuang atas platform yang tidak Islamik itu, yakni politik Barat.

Mereka berjuang secara piliharaya dengan mendaftarkan diri dan kumpulan sebagai parti politik. Untuk memilih pemimpin-pemimpin yang dinamakan wakil-wakil rakyat, mereka menempuh sistem pengundian dan pemilihan dalam tempoh beberapa tahun sekali. Semua lapisan rakyat tanpa kecuali dilibatkan dalam pemilihan pemimpin atau pemerintah. Parti yang calonnya paling ramai memenangi kerusi parlimen, maka parti itulah yang berhak menubuhkan kerajaan. Tanpa mengira lagi cara-cara yang digunakan dalam proses kemenangan yang dicapai sama ada baik atau tidak. Tanpa mengambil kira peribadi-peribadi calon itu sama ada boleh memimpin atau tidak, orang baik atau orang jahat. Tanpa mengenal pasti kemungkinan adanya musuh menyamar.

Dengan tertubuhnya kerajaan, maka dilantiklah jemaah kabinet, senator, anggota dewan senat, pengerusi-pengerusi untuk institusi-institusi penting dalam kerajaan dan melantik duta-duta ke luar negara untuk perhubungan antarabangsa.

Lalu perlembagaan dan undang-undang negara akan menjadi dasar pemerintahan kerajaaan pilihanraya ini dibuat sendiri oleh mereka itu. Kalaupun ada kitab rujukan, tentunya daripada Barat yang mengasaskan politik sekular ini. Sama sekali mereka tidak merujuk kepada Allah dan Rasul, yakni Al Quran dan Sunnah.

Untuk membuktikan kebenaran undang-undang yang dibuat, ianya dibentangkan di parlimen. Kemudian dibahaskan dan diundi. Bilamana dipersetujui oleh majoriti, kerana memang bilangan mereka majoriti, maka akhirnya undang-undang itu disahkan. Kalau ada suara-suara membangkang dari parti pembangkang yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap mana-mana undang-undang, tetap tertolak kerana tidak mendapat sokongan majoriti.

Demikianlah politik yang di puja oleh umat Islam hari ini. Juga oleh pejuang-pejuang Islam dan ulama-ulama. Politik yang menghalalkan cara demi untuk mendapatkan kemenangan dalam perebutan jawatan. Bukan mereka tidak tahu bahawa cara-cara itu semuanya bertentangan dengan Islam, membeli undi, mengupah “gedebe-gedebe” untuk mengungut mana-mana pengundi yang dijangkan tidak mengundi partinya, menuduh, memfitnah, melarikan peti undi, berbohong, menghina dan sebagainya, yang digunakan oleh calon pemimpin itu, semuanya perkara-perkara haram yang dimurkai oleh Allah. Tetapi mereka halalkan semua itu dengan alasan tiada cara lain. Katanya lagi, nanti bila menang semua itu diharamkan semula.

Begitulah mereka bermain-main dengan Allah SWT demi mencapai kepentingan diri, bukan kepentingan agama Allah. Mereka mengambil sebahagian hukum Allah dan menolak sebahagian yang lain. Mereka melupakan ingatan Allah Taala:

Maksudnya : “Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain ? Tiadalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia. manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.” (Al Baqarah:85)

Orang-orang Islam yang berpolitik cara Barat ini menempuh jalan yang begitu kotor dan silap. Politik kotor digunakan untuk mendapatkan negara Islam, negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Mungkinkah tercapai ? Sedangkan kita semua maklum bahawa kebaikan itu hanya akan didapati dengan cara baik, melalui jalan-jalan yang baik.

Air kalau di hulu sudah keruh, tentunya hilirnya juga keruh. Andaian mereka ialah sekiranya tidak menempuh laluan itu, bagaimana boleh dapatkan negara Islam ? Mereka sebenarnya sengaja tidak mahu mempelajari sejarah bagaimana Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin menegakkan negara Islam.

Lalu dengan sikap-sikap aneh itu, mereka bermusuh dengan jemaah-jemaah Islam yang memulaukan politik Barat yang kotor itu. Konon kerana kelompok itu menafikan satu aspek penting dalam ajaran Islam yakni politik. Mereka seperti tidak tahu bahawa politik Islam itu mempunyai pengertian yang amat berbeza dengan apa yang mereka laksanakan. Mereka hakikatnya tidak berpolitik kerana mengamalkan sesuatu (politik) yang bertentangan dengan Islam.

Ibadah mesti menempuh lima syarat. Kalau satu saja dari syarat-syarat itu tidak dipenuhi, amalan itu tidak akan mendapat pahala ibadah. Politik yang mengikut idea-idea syaitan dan fikiran orang kafir itu sebenarnya tidak diterima di sisi Allah. Lalu hakikatnya perjuangan itu tertolak di sisi Allah. Bahkan diejek-ejek oleh manusia dan dipersoal oleh manusia.

Politik Islam samada yang tersirat atau tersurat, zahiriah atau maknawiah, qat’i atau ijtihad, semuanya ada di dalam Al Quran dan Hadis. Untuk memulakan politik Islam, kita tidak perlu lagi merujuk walaupun seinci pun kepada mana-mana agama atau ideologi. Segala-galanya tersusun indah dan terpampang dalam sejarah. Politik itu walaupun telah pernah punah dilanyak oleh politik Barat, kerana kesalahan umat Islam sendiri, namun Insya-Allah ia mampu bangun semula. Ia akan sekali lagi menguasai dunia bersama kebangkitan Islam kali kedua yang sedang hebat melanda dunia kini.

ISU UNDANG-UNDANG ISLAM: Ringkasan hukum botox, braces, susuk dan bedah plastik


oleh: Ust Hj zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net


Isu Botox telah dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan botox hanya protein, malah bukan protein daripada binatang yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor.

Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botox tidak memudaratkan jika ia dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Adalah diakui oleh para pakar bahawa Botox digunakan untuk memperbaiki keadaan muka saja supaya pengguna rasa lebih selesa, bukan untuk mengubah menjadi orang lain.



SEBAB UTAMA BOTOX HARAM

Bagaimanapun isu utama yang menyebabkan ia menjadi Haram pada pandangan Shariah adalah :-

a) Unsur najis dan kotoran di dalam bahan BOTOX ; kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat.
Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat"

b) Pengubahan Ciptaan Allah Tujuan Tambah Kecantikan : Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya

Terdapat juga hadith yang menyebut :

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)

Tatoo, iaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebahagian besar dari tubuhnya. Bahkan dimasa pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka.

Perbuatan-perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.



KIKIR GIGI DAN ‘BRACES'

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Karena itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:

"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj', yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style' mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces' (http://en.wikipedia.org/wiki/Dental_braces) yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia dilakukan bagi inidivud yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.

Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memnuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, karena di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )

c) Unsur Penipuan : Mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam.
Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW :

"Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan botox dan lebih teruk lagi susuk.

SUSUK & SIHIR

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:

"Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:

"Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu:
1) menyekutukan Allah;
2) sihir;
3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak;
4) makan harta riba;
5) makan harta anak yatim,
6) lari dari peperangan;
7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.

Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, yaitu firmanNya:

"(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (al-Falaq: 4)

Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan:

"Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.

Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

KESIMPULANNYA

Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak
· dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.

Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari
· apa yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak
· bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.

Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak
· memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.

Jika botox itu menggunakan bahan suci sekalipun, ia tetap haram kerana dua ‘illah ( sebab utama) pengharaman masih ada.